Kisah Seram Nyata - Pengalaman Di Seletar

 

- Kisah saya alami ini memang seram sangat-sangat dan tak dapat dilupakan. Kisah ini terjadi tika saya pulang dari kerja lewat malam kerana berjumpa dengan "client". Biasalah saya ini kerja sebagai PR banyak berjumpa dengan "client". , rumah saya di Sengkang dan setiap kali saya akan ke kerja dan pulang dari perhentian bas yang sama di mana di belakang semak samun dekat dengan sebuah tempat meletak kereta bertingkat, itu pun saya harus jalan ke hadapan dan lat 3 blok baru flat saya.
Saya harus tembus semak samun yang memang ada kaki lima berteduh untuk ke kawasan tempat meletak kereta bertingkat.  bayangkan jam 11 malam, sunyi sepi, tempat tu pula jarang atau memang tak ramai orang lalu. Kenderaan pun kurang. tika saya melintasi jalan ke lampu trafik berdekatan dengan Seletar Hills, saya terperasan di tepi jalan dekat kawasan perdalaman semak ada seorang wanita tua, badan bongkok berambut panjang beruban, berbaju putih panjang berjalan tertunduk bawah, jalan perlahan, seakan terhoyong-hayang. Jelas  sebab saya ni mata tajam, benda kecil pun saya nampak.


Saya berhenti seketika, tak nak jalan kerana saya takut sangat. Saya menelepon pakcik saya yang tinggal berdekatan dengan blok saya agar beliau menjemput dan menghantar saya pulang. Di perhentian bas itu tak ada orang, memanglah sedikit sebanyak ada kenderaan yang lintas lalu tapi hanya Tuhan saja tahu  betapa seram keadaan tu. bila pakcik menjemput saya pulang, dia menyuruh saya diam, jalan terus dan jangan toleh ke belakang, serta baca apa yang patut. Saya ikut kata pakcik. Bila saya sendiri masuk semak samun, meremang bulu roma saya, bau busuk yang dapat saya hidu.

Saya tak nak pandang belakang tapi seolah-olah ada orang mengerang dan bunyi kicauan burung kedengaran. Hairan malam pun ada burung ke? Saya ingat bila pakcik dah hantar ke rumah, kejadian itu berhenti. Setelah saya mandi, makan dan mahu tidur, baru nak terbaring ,terdengar ada orang mengerang dalam bilik air berhadapan bilik saya. Sama seperti yang saya dengar di semak tu. Pada hari itu ibu saya tiada di rumah, dia dan kakak belum pulang dari JB kerana membeli-belah. Saya suruh pakcik saya datang rumah, temankan saya sampai mak pulang. Mujur masa tu pakcik ke kedai kopi dan baru je nak naik lif. Nasib baik pakcik nak temankan saya, tetapi ketika nak tunggu pakcik datang, suara mengerang tu tiba-tiba berada di depan bilik saya, amat kuat sekali.

Secepat kilat saya meneleponl pakcik, "Cik Yem, benda tu benda tu kat depan bilik ira!!!" Pakcik pun cakap :" Jangan khuatir aku ada kunci, kau jangan kemana-mana, jangan buka pintu bilik, kau hidupkan aje ayat ayat di PC kau." Saya apa lagi terus menghidupkan sekuat-kuatnya sampai pakcik ketuk pintu bilik saya. Syukurlah, pakcik ada, saya tak matikan lampu bilik, sebab takut sangat dan saya tak tidur sampai mak balik. Bila mak balik, saya ceritakan kisah ini padanya dan kakak. Mereka tau kerana mereka kata ini perkara pernah mereka dengar dari jiran-jiran. Kakak saya dan saya terus tidur.


Previous
Next Post »